tip kurangkan pertengkaran
kenali perangai sebenar pasangan anda . dengan cara ini , anda dapat ketahui perkara yang tidak disukai dan cuba elakkan perbualan mengenainya .
jangan selalu mementingkan ego .
cemburu bertempat , jangan mendesak pasangan dan sering syak yang bukan bukan .
beri perhatian kepada pasangan terutama bila dia bercerita atau meminta pandangan .
jangan menduga kesabaran pasangan misalnya menuduh pasangan atau serkap jarang .
bersikap terbuka dan terima kelemahan pasangan kerana anda juga tidak sempurna .
jika pasangan berada dalam mood tidak baik , biarkan dia bersendirian seketika agar emosinya tenang .
elakkan suka membebel terutama ketika pasangan baru pulang kerja .jika keadaan tegang , tidak salah anda mengalah dengan berdiam diri . ingat , pertengkaran hanya akan memburukkan keadaan . ada baiknya anda memberi ruang kepada pasangan untuk bertenang dan meluahkan isi hatinya .